Sunday, October 17, 2010

*.*

minggu yang memenatkan hati, perasaan, akal dan emosi...

dlm surat cinta, Dia dah berpesan,

"Allah tak membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya...." (2:286)

sememangnya, dugaan Allah utk setiap org itu berbeza beza... dan apa yg datang menguji diri ini, insyaAllah..pasti aku dapat hadapi. kerana, janji Allah tidak pernah memungkiri. aku percaya sepenuh hati. =)
Dugaan itu datang bukan membawa bala, dan bukan juga hanya saja saja... Di sebalik apa yg terjadi, pasti ada mesej yg Dia nak sampaikan.. mungkin utk menegur diri ini, atau membawa suatu hikmah yg lebih besar maknanya dlm hidup.. andai hidup ini mempunyai pelbagai masalah, bersyukur. kerana, Allah beri kepercayaan kpd kita utk menyelesaikannya...

alhamdulillah... pada diri ini, masih lagi dipilih oleh Dia utk sedar akan apa yg ingin diberitahu di sebalik apa yg menimpa diri..
seberat mana pun yg perlu dihadapai oleh diri, ingat, jgn pula sampai membebankan pandangan mata org lain.. jgn sampai meruntuhkan semangat hati hati di sekeliling.. lagi baik andai dapat menelan segala kesedihan, kemarahan, kecewa hati itu.. mmg sakit, tapi kekuatan itu kelihatan sgt indah di mata Dia... apakah yg lebih menyenangkan selain dapat menggembirakan hati Dia yg sentiasa memerhati setiap gerak geri ini... namun, kekuatan itu jugalah yg diraih oleh hati yg sentiasa mengaku akan kelemahan diri di hadapan Tuannya dan sentiasa beroda berdoa dan terus berdoa. insyaAllah..


"nurul, maaflah etah tak dapat nak teman nurul di saat genting dlm hidup kamu.. kamu kuat.. insyaAllah.. kamu sentiasa kuat... tak pernah menunjukkn sakitnya badan yg menanggung.. indahnya kasih sayang Allah terhdp kamu.. semoga segalanya berjln lancar dan keadaan pulih seperti sedia kala.. Allah sentiasa bersama kamu insyaAllah... sayang kamu"


di saat jatuh dlm hidup, Dia memujuk,

" dan jgnlah kamu merasa lemah dan jangan pula bersedih hati sbb kamu paling tinggi darjatnya jika kamu org beriman.. " (3:139)



* "..jika kamu org beriman.." , layakkah diri ini dipujuk dgn kata2 ini?...check balik iman.. *

insyaAllah.. andai hati itu tau akan bahagianya org beriman pabila dekat dgn tuhannya, dia akan sentiasa berusaha dan berusaha utk menjadi ssorg di antara mereka. =)

manusia itu pelbagai ragam. dan sgt mcm mcm ragam. tapi, ragam itu lah yg mencantikkan aturan dunia.. sbg antara watak dlm pentas dunia ini, diri ini perlu belajar mengambil apa yg baik dan baiki apa yg buruk.. observe mereka mereka.. teladani mereka yg hebat berjuang sbg da'ie, contohi sifat hati mereka yg dapat membentuk diri.. ambil pengajaran andai mereka terjatuh dlm kelemahan diri... jgn memandang remeh dgn setiap aturan yg Allah beri pada apa yg terjadi di sekeliling.. buka mata, buka hati utk mengambil sebanyak bekalan yg ada utk memperbaiki diri.. hebatnya ilmu bila dapat menerangi hati di saat kegelapan hidup datang menemani hari.. insyaAllah, semoga hati ini tetap berusaha menjadi terbaik di mata tuhan yg memerhati. ^^

No comments:

Post a Comment